Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA ayat kursi BERJAYA MENCAPAI 52 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

31  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0558.
Dan Ibnu Umar r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. membacakan surah yang mengandung ayat sajdah di hadapan kami, beliau langsung sujud dan kami pun sujud pula sehingga ada sahabat yang tidak mendapat tempat untuk sujud."

32  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0583.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat (malam) sebelas rakaat. Memang begitulah solat beliau. Lamanya sujud dalam solatnya itu untuk satu kali sujud, selama kamu membaca kira-kira lima puluh ayat sebelum dia mengangkat kepalanya. Kemudian dia solat dua rakaat sebelum fajar, kemudian dia berbaring di punggungnya yang kanan, hingga datang orang memberitahukannya untuk solat (Subuh). "

33  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0034.
Dari Barra' bin Azib r.a., "Pertama kali Nabi saw. datang ke Madinah, beliau bertempat tinggal di rumah abang atau pakcik-pakcik beliau dari kaum Ansar. Ketika itu Nabi solat menghadap ke Baitul Maqdis (Jerusalem), lebih kurang 16 atau 17 bulan lamanya. Sesungguhnya Nabi lebih suka Baitullah (Ka'bah di Mekah) menjadi kiblatnya. Dan solat yang mula-mula dikerjakan Nabi menghadap ke Baitullah (Kaabah) ialah solat Asar, yang dilakukan beliau bersama-sama dengan orang banyak. Kemudian salah seorang yang ikut jemaah bersama Nabi ketika itu keluar, dan pergi melalui sebuah masjid, di mana jemaahnya sedang rukuk (menghadap ke Baitul Makdis)" Lantas orang itu berkata, "Demi Allah, baru saja saya solat bersama-sama Rasulullah menghadap ke (Baitullah di) Mekah. "Maka segera mereka merubah kiblat mereka menghadap ke Baitullah. Orang-orang Yahudi mulanya sangat bangga, ketika (Nabi dan pengikutnya) solat menghadap ke Baitul Maqdis. Begitu pula Ahli Kitab (Nasrani). Tetapi setelah kiblat umat Islam berubah ke Baitullah, mereka mencela perubahan itu. Selanjutnya Barra' menyebutkan dalam hadisnya ini, "Banyak orang telah meninggal di masa kiblat masih ke Baitul Makdis, dan yang terbunuh sebelum perubahan kiblat ke Baitullah. Kami tidak mengerti bagaimana (hukumnya) solat itu." Lalu turun ayat: "Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu semua." (Surah Al Baqarah, 2 : 143)

34  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0470.
Diceritakan oleh Abu Qatadah r.a., dari bapanya, sabda Rasulullah saw. katanya: "Aku berdiri hendak solat. Aku bermaksud hendak membaca surah yang panjang-panjang dalam solat itu. Tetapi tiba-tiba ku dengar tangis anak-anak. Maka ku singkatkan saja bacaan ayat dalam solat itu, kerana aku tak suka menyusahkan ibu si anak itu."

35  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0298.
Berita dari Ibnu Mas'ud r.a. mengatakan, bahawa seorang laki-laki mencium seorang perempuan. Lalu dia datang kepada Nabi saw. menceritakan halnya itu kepada beliau. Maka Allah swt. menurunkan ayat: "Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya , perbuatan yang baik-baik menghapuskan perbuatan yang buruk-buruk." Laki-laki itu bertanya. "Ya, Rasulullah! Apakah ini untuk saya ?" Jawab Nabi saw., "Untuk seluruh umatku!"

36  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0924.
Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. pergi ke Uhud, sebahagian orang kembali pulang. Lalu kata satu golongan, "Kita bunuh mereka." Kata golongan yang lain: "Tidak! Jangan bunuh mereka!" Maka turunlah ayat: Famaa lakum fil munafiqiina fiataini" (Maka kenapa kamu menjadi dua golongan). Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya kota Madinah mengeluarkan orang-orang (jahat), sebagaimana halnya api membersihkan besi dari karat."

37  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1471.
Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Kamu akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang bulat tidak berkhatan". Kemudian beliau membaca ayat yang ertinya: "Sebagaimana Kami menjadikan makhluk mula pertama, Kami ulang serupa itu. Janji Kami, sesungguhnya Kami laksanakan". Orang-orang yang mula-mula diberi pakaian di hari kiamat, ialah Nabi Ibrahim. Dan dari sahabat-sahabatku akan dibawa ke arah kiri (ke neraka). Saya berkata: "Sahabatku, sahabatku!" Lalu dikatakan: "Sesungguhnya mereka berbalik ke belakang (kafir kembali) sejak engkau berpisah dengan mereka". Saya lalu mengucapkan sebagai perkataan hamba Allah yang Soleh (Nabi Isa): "Dan hanya aku menjadi saksi terhadap mereka selama aku berada di antara mereka". - sampai perkataan - "Bijaksana" (Surat AI Maidah, 117 - 118).

38  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0700.
Dari Said bin Musayyab r.a., katanya: "Ketika Abu Thalib telah hampir meninggal, Nabi saw. datang mengunjunginya. Nabi mendapati di situ telah berada Abu Jahil bin Hisyam dan Abdullah bin Umayyah. Rasulullah saw. bersabda kepada Abu Thalib, "Wahai, pakcik! Ucapkanlah: Laa Ilaaha illallaah (tidak ada Tuhan selain Allah), iaitu sebuah kalimat yang aku akan menjadi saksi bagi pakcik di sisi Allah." Kata Abu Jahil dan Abdullah bin Umayyah, "Hai, Abu Thalib! Apakah engkau membenci agama Abdul Muththalib?" Rasulullah saw. sentiasa memajukan permintaannya kepada pakciknya, tetapi kedua orang itu pun selalu pula mengulang-ulang ucapannya. Sehingga akhirnya Abu Thalib mengucapkan perkataannya yang penghabisan, bahawa ia tetap memeluk agama Abdul Muththalib (ayahnya). Dia enggan hendak mengucapkan Laa Ilaaha illallaah. Maka bersabda Rasulullah saw., "Demi Allah! Aku selalu akan memohonkan ampun bagi pakcik, selama aku tidak dilarang untuk itu." Kemudian Allah menurunkan ayat: "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabatnya, sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahannam." (At Taubah, 9 : 113)

39  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1571.
Dari Ummu Fadal binti Haris r.a., katanya: "Saya dengar Nabi s.a.w. membaca dalam solat Maghrib ayat Al Mursalati'urfan. Kemudian beliau tidak pernah solat dengan kami sampai beliau diwafatkan Tuhan".

40  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0421.
Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Pada dua rakaat pertama solat Zohor, Nabi saw. membaca Surah Al Fathihah dan dua surah, dipanjangkannya bacaan pada rakaat pertama dan dipendekkannya pada rakaat kedua. Kadang-kadang bacaan ayatnya itu kedengaran. Dalam solat 'oAsar beliau membaca Fatihatul Kitab (Surah Al Fathihah) dan dua surah. Dan di dalam solat Subuh, beliau memanjangkan bacaan pada rakaat pertama dan memendekkan pada rakaat kedua. "